
Friday, January 30, 2009
the end of season 1......wait 4 the sequel...

Thursday, January 29, 2009
coretanku..........
Hai....hari nie aku x nak cerita ape-apela. Cuma, aku nak share something dengan korang. Aku nak share ape yang aku rasa..ape yang aku fikir...dan ape yang mendorong aku untuk kuat dalam menghadapi liku-liku hidup ini. It's a little bit private but...still its broke my heart. Kadang-kala aku rasa ramai yang x suka pada aku. Family besar aku....kawan-kawan aku. Mungkin aku ade wat salah kat diorang...mungkin juga kerana sikap aku yang suka mengasingkan diri nie. Aku x pandai wat kawan. Lack in social skill maybe. Telah aku ukir luahan hatiku menerusi kata-kata............
Walaupun aku terluka namun aku akan berusaha untuk mara ke hadapan...........
Biarla orang menyakitiku tapi janganlah aku menyakiti orang lain..........................
" Kadang-kala aku terfikir, mengapa ramai yang tidak menyukaiku..
Kadang-kala aku terfikir, mungkin aku tidak cukup baik pada mereka..
Ya Allah.....mungkin ini memang jalan takdirku.....
menerima dugaan dari sedara-maraku..................
menempuhi rintangan dari orang di sekelilingku....
Ya Allah.....ku mengharapkan air mata ini akan
segera meninggalkanku................................................
Berikanlah aku kesempatan untuk merasai ertinya
kebahagiaan........kegembiraan.....................................
Bawalah penderitaan ini jauh dariku...........................
Sesungguhnya aku hanya adaMu Ya Allah.................
Kata-kata yang selalu aku pegang :
" Let them talk, let them say...but still you do it with your own way......."
Walaupun aku terluka namun aku akan berusaha untuk mara ke hadapan...........
Biarla orang menyakitiku tapi janganlah aku menyakiti orang lain..........................
Wednesday, January 28, 2009
Inikah Melayu?
Nak tahu 1 cerita? Lupa nak bagitahu korang..ari tu aku gi makan malam kat warung yang kat busten Muar tu...bersebelahan dengan sungai Muar la. Aku makan chicken chop. Murah je. 1 chicken chop berharga RM6 aje. Kat situ makanan dia semua murah-murah and sedap-sedap. Korang boleh pilih ape je yang korang nak makan kat situ. Variety of food available there and it comes with reasonable price. Korang jangan salah faham. Aku bukan nak story tentang makanan atau harga atau rase makanan kat warung tu. Aku sebenarnye nak story mengenai attitude anak-anak muda yang bekerja taking order kat warung tu. Masa aku tengah syok makan chicken chop tu kan...aku perasanlah ada beberapa orang budak lelaki bersantai kat tepi-tepi warung tu. X ada pelanggan baru kan so diorang taking a rest la kan. Masalah nya kalau diorang duk diam je kat situ x pe. Ini x..mulut diorang sibuk mengejek orang yang lalu-lalang kat situ. Lepas tu aku ternampaklah sorang uncle india nie. Berjalan dengan anak dia sekali.Diorang kebetulan nak lalu depan budak-budak lelaki tu. Sedang dia tengah gembira-gembira bercakap dengan anak dia...zappp......budak-budak lelaki x guna tu pegi panggil uncle tu dengan panggilan yang aku rasa cukup kurang ajar! Nak tahu diorang panggil ape? " Pak cik keling...pak cik keling...jalan-jalan bawak anak ker? " Kurang ajar x? Padahal uncle tu x ada wat ape-ape pun kat diorang. Diorang panggil uncle tu kuat. Ramai orang dengar. Mesti uncle tu malu punye. Nasib baik uncle tu diam je. Uncle tu x cakap ape-ape pun. Geram betul aku. Rase nak tempeleng aje budak-budak langau tu. Budak-budak tu semua kurang diajar sebab tu kurang ajar!! Ini ke Melayu yang selama ni terkenal dengan adap sopan..berbudi bahasa? Ini ke Melayu? Setahu aku kerajaan suruh kita memupuk nilai-nilai murni antara kaum..bukan mengejek kaum-kaum lain. Aku malu nak mengaku Melayu kalau macam ni lah bangsa Melayu. Kadang-kadang bila kita nampak atau terdengar Melayu bergaduh dengan India janganlah kita terus menunding jari ke arah orang India tu sebab x mustahil kalau Melayu itu sendiri yang cari pasal. Aku bukan nak kutuk bangsa sendiri tapi kalau bangsa aku sendiri yang salah aku terpakse tegur. Salah tetap salah walaupun ia darah daging kita sendiri!!
Tuesday, January 27, 2009
Ngantuk....ngantuk...
Pagi yang mengantukkan buatku hari nie. Aduh, tulang belakang aku pun sakit nie! Gara-gara aktif sangat la nie semalam. Lenguhnya tulang aku. Ape aku nak wat nie?? kalau aku bagitahu mak aku mesti mak aku suruh makan ubat. x maula makan ubat. Asyik makan ubat je. Banyak sangat ubat yang doktor bagi sampai termuntah-muntah aku nak makan. 26 Feb nie aku kena gi hospital. Ade appointment dengan doktor. Amik ubat sekali. Aku tengah terfikir nie macam mane aku nak balik sedangkan 26 Feb tu hari khamis. Aku ade kelas kul 8 dengan Pm Kamel and kul 4 dengan En. Zainal Lode. Appointment aku kul 11.30 pg. Entah macam manela. Mungkin aku terpakse mintak tolong abuji aku. Abuji tu maknenya ayahkula. Mintak tolong ayah aku tipon pihak hospital and tunda tarikh appointment tu ke tarikh yang lain. Tolong ea abuji......
Monday, January 26, 2009
What A New Day...
Sunday, January 25, 2009
Penatnye hari nie............
Saturday, January 24, 2009
Ari 1st cuti? Macamla best sangat..
Plan aku cuti raya cine nie x manjadila. Ingatkan bleyla tido-tido ker.......jalan-jalan cari pasal ker.............collect angpau ker.........berangan tepi sungai ker.......tapi impian indah ku itu hancus lebus...Pm kamel kasi buah tangan plak sebelum cuti ari tu....kalau dapat buah anggur ke orait lagi tapi ini dapat buah blog ek.........Pm, saye x tahu wat blogla......Pengumuman wat semua...bagi sesape yang tertengok blog ini..maknenye dengan hidayah dan petunjuk yang saye dapat dari Illahi, saya telah terpandai wat blog.......dengan ini saye menyusun 10 jari melambai-lambai korang untuk stop by n check out my new blog.....especially pm kamel ea....Nak citer pasal 1st day aku cuti? x yahla kot. Masa aku dihabiskan dengan membuat lawatan sambil belajar ke tandas. Asyik ulang alik melabur amanah saham bumiputera. x best langsung.
Subscribe to:
Posts (Atom)