Saturday, February 28, 2009

dunia prodigy...15 (teka-teki...)



Soalan 10: Haiwan apakah yang paling tidak sopan?

Soalan 09: Kenapa koboi mexico kalau berjalan sering membawa gitar?

Soalan 08: Seorang lelaki memakai pakaian serba hitam, seluar hitam, kasut hitam, sarung kaki hitam, sarung tangan hitam, dan kacamata hitam. Ia berjalan di sebuah lorong hitam. Seluruh lampu di lorong itu padam. Kemudian, sebuah kenderaan berwarna hitam dengan lampu yang juga padam meluncur memasuki lorong. Namun tepat di depan lelaki itu kenderaan berhenti. Bagaimana mungkin pemandu kenderaan itu boleh melihat lelaki serba hitam itu?

Soalan 07: Badannya keras tapi kurus, tidak mempunyai tangan dan berkepala hitam, Apa tu?

Soalan 06: Ada sebuah laut besar, dekat laut ada kapal besar, dalam kapal besar ada rumah besar, dalam rumah besar ada orang besar, antara bebanyak ni apa paling besar?

Soalan 05: Apa yang terjadi jika Graham Bell tidak menciptakan telefon?

Soalan 04: 10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba berdentum guruh dengan kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa masaalah,namun 4 ekor burung telah jatuh kebumi. Soalannya: Kenapa 4 ekor burung itu jatuh kebumi?

Soalan 03: Binatang apakah yang paling kaya didunia?

Soalan 02: Ikan apakah yang separuh jawa dan separuh inggeris?

Soalan 01: Apa orang islam arab kata jika: 1- Seorang pekerja jatuh bangunan lalu mati... 2- Seorang wanita berlari keliling padang tanpa seurat benang... 3- Gaji anda akan dinaikkan 30% bulan depan.

Thursday, February 26, 2009

dunia prodigy...eps 14 (tag paksaan)

THREE NAMES THATS FRIEND CALL YOU....
1. kama
2. nur
3. kamalia


THREE MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE....
1. 19 mei
2. 18 Mac
3. 13 feb


THREE WAYS TO BE HAPPY
1. dengar lawak r. ley gelak kaya
2. dapat makan coaslow. hehe. nyum2
3. bersama2 orang tersayangla kan spt mak, ayah, orang tu....n so on

THREE OF YOUR FAVORITE SONG AS OF NOW....
1. Tearin' up my heart
2. syurgamu
3. Rehab

THREE PERSON
1. Jamelah Mohamed (bonda tercomel)
2. Ahmad Md.Nasir (ayahanda termacho)
3. Mohd Farid Ibrahim ( si dia yang terkurus. haha)

YOU MISS FROM YOUR PAST.....
1. Rindu nak naik basikal
2. rindu pokok bunga yang mak dah tebang.
3. rindu nak berkumpul dengan keluarga besar. Full house!

THREE GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE.......
1. Tudung n baju ler. Girls will be girls. Botaklah kepala farid. haha
2. Bunga. x mau 1 kuntum. Kedekut tu...
3. bantal. ley wat peluk. Sure x bangun pg. krok..krok..tido


THREE OF YOUR FAVORITE HOBBIES....
1. usik-usik manja kawan aku. huhu
2. dengar lagu guna ello-ello
3. main game kat laptop. Selagi x menang x benti.

THREE PLACE YOU WANT TO GO FOR VACATION
1. Mestilah tempat yang menarik
2. Tempat yang ade benda2 comel
3. Rumah sendiri

THREE FAVORITE CARTOON/ANIME CHARACTERS
1. Sasuke. kekasih gelapku
2. kirimaru
3. masahiro

THREE MALLS YOU USUALLY GO TO......
1. Giant
2. Wetex
3. the store
THREE FAVORITE DRINKS..

1. Milo ais
2. Fresh orange
3. Air apple

THREE THING FOUND IN YOUR BAG.....
1. Kad metrik
2. gula2
3. Lopak pensil

THREE FAVORITE COLOURS..
1. ungu
2. hitam
3. merah


TOP THREE HANGOUT
1. sofa
2. depan tv
3. depan rumah
TOP THREE FOODS YOU LOVE SO MUCH
1. rojak petis 1.hehe
2. Nasi ayam...
3. tauhu bakar. Laparla....

TOP THREE 'THINGS' SPECIAL TO YOU.....
1. bantal busuk
2. beg duit
3. frame gambar


TOP THREE ATTITUDES YOU LIKE
1. Funny
2. humble
3. gila2


TOP THREE FACED YOU LIKE
1. cute
2. manis
3. bujur

THREE THINGS YOU'LL BE DOING TOMORROW
1. gosok baju
2. wat nota
3. usik chera. hahaha

THREE TOP WHY YOU ARE BUSY AT THIS TIME....
1. cari maklumat company
2. dengar lagu
3. jawab tag nie
THREE PERSON YOU WANT TO TAG
1. chera. sebab dia rajin bebual dengan aku. guro2 n sporting giler. Aku suka usik dia
2. taha. suka cerita masalah dengan dia
3. farid. Aku suka komen blog die

dunia prodigy...eps 13 (kena rush!!)

Hari nie tepat je kul 10 pg...lepas kelas IM aku terpaksa rushing balik muo. Ada appoinment dengan doktor kat hospital muo. Manala x kena rushing appoinment aku kul 11.30 sedangkan kelas habis kul 10 pg. Fuh.......................terasa Max Biagi yang antar aku balik ari nie.Wawa. Aku sampai muo kul 11.40 pg. Selamat...appoinment kul 11.30 boleh diterima lagi. Kalo x balik sia-sialah aku. Well I don't mind. Redah aje!!! Aku ade brite baik nie. Doktor cakap aku makin sembuh. Sakit aku pun dah banyak gak kurangnye. Alhamdulillah....seronok nie. Dah setahun setengah aku hadapi sakit nie..........so,it is a really good news for me. Hakuna matata....hehe..aku pun dah bosan asyik nak makan ubat jek. Aku selalu terfikir nape ubat orang dewasa x sama dengan kanak2. apela salahnye kalo ubat orang dewasa pun ade yg warne pink,kuning,merah,biru dan yang paling penting dalam bentuk cecair. Janganlah bagi pil. Tersekat anak tekak tu.....uhuk..uhuk

Saturday, February 21, 2009

dunia prodigy....episod 12...(kelebihan Fakir Miskin)

Aku nak kongsi 1 citer dengan korang....kadang kala aku tengok orang2 miskin nie sering dipandang rendah. Aku x tahu kenapa. Bacalah cerita nie....Pada 1 ari orang-orang fakir menghantar utusan mereka untuk berjumpa dengan Rasulullah s.a.w lalu berkata.."Ya Rasulullah, orang-orang miskin berkata bahawa orang kaya telah memborong segala kebaikan. Mereka mempunyai duit untuk menunaikan haji, mereka mampu untuk bersedekah dan mereka memiliki wang untuk merawati segala penyakit mereka. Tetapi, kami si miskin tidak mampu untuk melakukan semua itu.." Rasulullah menjawab, " jika kamu dapat bersabar kamu akan mendapat 3 kelebihan yang tidak mampu dimiliki oleh si kaya iaitu...."
1. Memperoleh syurga di mana di dalamnya ada kamar dari yaqut yang merah
2. Memasuki syurga terlebih dahulu berbanding dengan si kaya
3. Jika orang fakir membaca.."Subhanallah walhamdulillah walaa ilaha illalah wallahu akbar" dengan penuh keikhlasan dan jika orang kaya turut membacanya maka orang kaya itu tidak dapat mengejar orang miskin tersebut walaupun ditambah dengan sedekah 10000 dirham.

Nabi Muhammad s.a.w berpesan :
1. supaya suka kepada orang miskin dan mendekati mereka
2. selalumelihat orang yang berada di bawah dan x melihat orang-orang yang berada di atas
3. memperbanyakkan membaca "Laa haula walaa quwwata illa billahi" kerana itu sebagai perbendaharaan kepada kebaikan dan tabungan
4. jangan meminta ape pun sesama manusia
5. jangan takut dalam melaksanakan hukum ALLAH dan jangan takut dengan ejekan orang lain
6. selalu berkata benar walaupun pahit dan berat

Abul Laits berkata: "Ketahuilah bahawa bagi orang fakir miskin itu akan mendapat lima kemuliaan iaitu:

1.Pahala amalnya lebih dari pahala amal orang-orang yang kaya dalam sembahyang, sedekah dan lain-lainnya
2.Jika ingin sesuatu dan tidak tercapai dicatat baginya pahala
3.Mereka lebih dahulu masuk syurga
4.Hisab mereka di akhirat lebih ringan
5.Kemenyesalan mereka sangat kurang sebab orang-orang kaya ingin seperti orang fakir di akhirat sedang orang fakir tidak ingin seperti orang yang kaya.

dunia prodigy....eps 11 ( sape guest??)

Hah! ni lagi 1 episod menzahirkan rasa x puas hati aku pada seorang penyamar ni yang x masal2 masuk blog aku and tulis kat shout box aku yang aku bodek pm. Panas aku. Datang x dijemput tiba2 tulis macam tu. X tahu malu langsung guest tu!!!!! Aku rasa sekarang dah tersumbat mulut dia dengan kata-kata yang aku balas kat dia tadi. 5 mesej aku tibai dia tadi.Oleh kerana aku puji tindakan pm Kamel mengatasi masalah meniru nie...dia suka2 cakap aku nak bodek pm. Ni nak cakap sikitla kan....hanya kebetulan cerita aku sama dengan cerita budak yang jumpa pm Kamel. Dia mengadu kat parents dia yang dia x puas hati dengan budak2 meniru nie. Aku pun sama. Sejak sem 3 lagi budak2 nie dah mula meniru. dan dari sem 3 jugalah aku sentiasa mengadu kat family aku yang aku down dengan budak2 yang meniru nie. Sedangkan budak tu baru jumpa pm Kamel beberapa hari lepas. Kebetulan jangan dijadikan 1 tuduhan. Ye pm Kamel memang kenal aku tapi kitorang x pernah berbual2. Aku x berani lagi nak bercakap dengan dia. Hanya sekadar mengutum senyuman bila terserempak. That's it!! Aku berani bersumpah dengan nama ALLAH bukan aku yang jumpa pm Kamel ari tu. Pada yang menuduh tu.......ALLAH mendengar tuduhan anda dan x mustahil ia akan berbalik pada anda semula. Tapi aku pasti budak yang guna nama samaran 'guest' itu adalah dari kalangan budak2 yang meniru tu. Ei guest, lu salah pilih orang la beb!!!!

Friday, February 20, 2009

dunia prodigy....eps 10..(Malaikat.)

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia. Dia bertanya kepada Tuhan : "Para malaikat disini mengatakan bahwa besok engkau akan mengirimku ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana, saya begitu kecil dan lemah"?Dan Tuhan menjawab, "Saya telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu.""Tapi disini, di dalam syurga, apa yang pernah saya lakukan hanyalah bernyanyi dan tertawa. Ini sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.""Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia.""Dan bagaimana saya bisa mengerti saat orang-orang berbicara kepadaku jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?""Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian, dia akan mengajarkan bagaimana cara kamu berbicara.""Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?""Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa.""Saya mendengar bahwa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?""Malaikatmu akan melindungimu, walaupun hal tersebut mungkin dapat mengancam jiwanya.""Tapi, saya pasti akan merasa sedih karena tidak melihatMu lagi.""Malaikatmu akan menceritakan padamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan selalu berada di sisimu."Saat itu Syurga begitu tenangnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang anak bertanya perlahan, "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"Kamu akan memanggil malaikatmu, Ibu."Ingatlah selalu kasih sayang ibu, berdoalah untuknya dan cintailah dia sepanjang masa.

Wednesday, February 18, 2009

dunia prodigy...eps 8 (dia datang lagi....)

setelah sekian lama...akhirnya ia muncul kembali. Membawa seribu keresahan kepadaku. Mengundang sejuta rasa buatku. Macam-macam aku rasa bila aku berdepan dengan si dia. Kejap happy...kejap marah...kejap sedih...kejap baran....macam2 ada. 2 in 1 feel. Aku x ley wat ape bila dia datang menyapaku. Nak ku halau tapi x berdaya. nak aku maki hamun dia...hai..x tercapai akalku. Datang tanpa dijemput pulang tanpa diundang. Itulah si dia. Aku dah nampak masa depanku untuk seminggu lagi. Merana sakanla aku. Huak...huak...huak...huak......katakan tidak pada si dia...katakan x pada sakit perut!!!!


(si dia = sakit perut)

Saturday, February 14, 2009

dunia prodigy...eps 7..(kata hati)


kata hati........
baik lepaskan semua.

kata hati........
jangan difikirkan sangat ape yang berlaku.

kata hati........
luka lama berdarah kembali.

kata hati........
semuanyer sudah tertulis buatmu.

kata hati........
aku terguris.

kata hati........
biarkanlah. Semuanya akan berlalu.

kata hati.........
aku dah berputus asa.

kata hati........
berputus asa adalah sifat orang yang lemah.

kata hati........
mahu melepaskan dia pergi.

kata hati........
jangan..... kalau pada hakikatnya diri x rela.

kata hati........
diri dah letih dengan semua permainan dunia.

kata hati........
tabahkan diri.

kata hati.......
kenapa keburukan yang sering menimpa...?

kata hati.......
setiap keburukan di belakangnya disusuli dengan kebaikan.

kata hati..................

Friday, February 13, 2009

dunia prodigy...eps..6..(P.E.T.R.O.N.A.S)

Aku nak tell something regarding with my experience beberapa minggu yang lepas. Masa tu aku on the way nak balik segamat...singgahlah kejap isi minyak kat 1 stesen petronas kat Jementah tu. Belum jejak kaki lagi..aku dah terpandang ragam pekerja-pekerja kat situ yang aku rasa cukup menyemak pada pandangan mataku. Ley plak diorang duk goyang kaki kat pam minyak tu sambil tangan diorang lincah mengopek kuaci sementara mulut terkumat-kamit. Ntah ape yang diorang umpatkan pun x tahulah. Molek bonarlah tu duk atas tong sampah sambil makan kuaci.... Persepsi aku terhadap diorang senang jekkk...
1. pemalas
2. x serius dalam kerja
3. x mesra pelanggan sebab bila pelanggan datang x pernah sambut mereka dengan senyuman dan layanan mesra.
4. servis lambat. Lebih pentingkn kuaci daripada pelanggan.
5. pengotor sebab makan kuaci kat tong sampah.

Dah beberapa kali jugak la aku singgah isi minyak kat situ...dan beberapa kali tulah kedatangan ku malah pelanggan -pelanggan dilayan seperti nk x nak. Kitorang pelanggan .....x ade pelanggan macam mana business korang nak sustain. Aku tengok stesen minyak Petronas yang lain bagus je, bersih n cantik. Nape x ikut branch yang lain tu? Kalo x retain customer dari sekarang so macam mana nak gain future profit?.....plez take note

Thursday, February 12, 2009

dunia prodigy...eps 5....(x de per)

Hari nie aku x nak cakap ape pun. Pada aku ari nie frust giler!! Hati nie rasa ditikam-tikam jek. Kadang-kadang aku fade up bila kebaikan kita x ade siapa yang hargai....aku dapati ramai orang-orang sekarang yang hidup pentingkan diri. Rasa diri nie macam kambing korban. Touching habis aku hari ni. Aku dah mula tawar hati dengan environment sekeliling aku nie...no more words...........

Monday, February 9, 2009

dunia prodigy....eps.4(Red Devil......syaitan???)

Aku is the big fan of Manchester United. Ni gara-gara influence daripada abuji akula ni. Aku kecik lagi dah ajak aku tengok bola. Mak aku pernah cakap...."kau kan perempuan, mana boleh tengok bola.." Aku jawab....."Rileksla mak.....tengok bola x kan tukarkan jantina orang..." Mak aku balas balik...."Isyy..budak nie.." Aku gelak. Tapi sekarang aku jarang tengok bola. Walaupun kat umah sewa ada tv tapi tv kitorang x ade astro. Siaran tv tu pun x bape nak clear. Kalo aku nak tahu tentang perkembangan MU, aku tengokla surat kabo ke, internet ker..tanye member ker. Ade sorang member aku ni..dia minat chelsea..anti pada MU. 1 ari tu dia cakap dengan aku..."Nape ko sokong MU sedangkan MU red devil...devil tu kan syaitan. Maknanya ko sokong syaitanlah!!!" Wooooooooo.....menyirap aku. Memangla kalau dari segi makna bahasa devil tu syaitan. Tapi bagi aku...ianya terletak pada mentality dan pegangan kita sendiri. Nawaitu kitalah kiranya. Aku sokong pasukan dia..bukan nama pasukan dia. Ada apelah pada nama. Don't judge book by its coverla wei...sedap mulut je cakap...bagi makan cili kang baru tahu. Panas............

Sunday, February 8, 2009

dunia prodigy...eps.3(Siapa aku??????)

Bila aku tengok blog dia lebih cantik dan kreatif daripada aku.....aku rasa down...totally down..
Aku tertanya pada diri......adakah aku seorang yang iri? Atau seorang yang tidak percaya pada diri?

Bila aku rasa orang lain lebih segala-galanya daripada aku.....aku sekelip mata akan rasa rendah diri..........Aku tanya lagi pada diriku.........adakah aku seorang yang mempunyai low
self-esteem?
Bila aku tengok markah test kawan-kawan aku lebih tinggi daripada aku.........aku akan rasa yang diri aku nie cukup bodoh.....walaupun aku dah usaha sedaya mampu tapi aku tetap x dapat melawan mereka.........Aku menyoal diriku sendiri.......adakah aku seorang yang mudah berputus asa?

Bila aku tengok keluarga orang lain lebih berada dari keluargaku.....aku sedih.....
Aku menyoal lagi...........adakah keluarga ku kelihatan hina di mata orang lain? Keluarga serba kekurangan. X ada kereta untuk ke sana ke mari....x ada rumah sendiri untuk ditunjukkan kepada orang. Yang ada hanyalah rumah pusaka tempat kami berteduh dari hujan panas.....

Bila aku melihat keluarga orang lain bersuka ria dengan keluarga masing-masing...pergi jalan-jalan makan angin..................aku rasa sedih lagi.....Aku bertanya lagi pada diriku....adakah aku berpeluang merasai kegembiraan yang mereka rasai dengan keluarga aku sendiri....Aku dah lupa bila kali terakhir aku pergi bersiar-siar dengan family aku....atau aku perlu beritahu hal sebenar? Bahawa aku x pernah merasai nikmatnya bersiar-siar..berjalan-jalan....dan makan angin bersama keluarga.

Bila melihat ibuku terpaksa menumpang kereta saudara mara aku untuk ke mana-mana......aku rasa sedih giler........Aku bertanya pada diri sendiri........sampai bilalah kami terpaksa menyusahkan orang lain? Aku rasa x berguna sangat sebab sebagai anak aku terpaksa melihat ibuku menumpang orang lain.

Bila melihat budak-budak lain ada adik-beradik............aku rasa sunyi....Aku bertanya lagi......Adakah aku akan hidup berseorangan selepas ayah dan mak aku x ada? Aku teringin nak ada abang atau akak yang boleh melindungi aku di kala aku kesusahan.....aku ingin ada abang atau akak yang bisa membantu aku untuk menjaga keluarga ku.

Siapa aku? Aku sendiri x tahu.......

Saturday, February 7, 2009

dunia prodigy.....eps.2 (imbasan tragis)

2008.......tidak semuanye terpahat memori indah...
Ogos 2008....terjadinye sesuatu tragedi....

rewind......

Ia berlaku apabila Marketeers decide untuk menganjurkan 1 camping untuk ahli-ahli Marketeers yang baru......tanpa sedar nama aku naik sebagai salah seorang AJK keselamatan dalam camping itu. Camping itu diketuai oleh M (bukan nama sebenar).

Salah 1 aktiviti yg dijalankan di sana ialah jungle tracking. Kami terpaksa meredah kawasan hutan yang tebal dan berbukit-bukit. Adalah 1 scene ni di mana kami terpaksa memanjat kawasan bukit yang curam dan licin. Di situlah berlakunya kejadian di mana aku terjatuh. Malunya aku masa tu. Baju berlumuran tanah...kaki disemati darah..

Sampai sekarang aku masih x dapat lupakan kejadian itu...luka yang terpahat bertukar menjadi parut. Aku x pasti parut di kaki itu akan hilang.....tapi apa yang pasti...parut di hati x mungkin akan hilang. Yang paling best, sebagai ketua si M ni sepatutnya ambil kisah la tentang anak buah dia yang tercedera ni tapi habuk pun tadak. X jemgok langsung...kabar pun x tanya. Kurang asam jawa betul!! Menyesal betul participate.....Lagi 1...sebagai ketua dia pun sepatutnya join sama dalam aktiviti jungle tracking tu tapi ini x...ley plak dia lepak kat kem dengan minah tu..........panas............!!!

Friday, February 6, 2009

dunia prodigy.....season 2, eps.1 (2x5......10!)

Ku sangkakan......
Panas hingga ke petang..rupanye hujan di tengah hari..

ku harapkan....
pagar....pagar makan padi.....

Ku andaikan....
rambut sama hitam....hati lain-lain....

Ternyata........
semuanye palsu......!

Pertama kali....
mendengar suaranya...mendengar bait-bait katanya..melihat raut manis wajahnya..
hatiku pantas mengatakan..........." dia is something special...."

Beberapa minggu kemudian.......

Sangkaanku.....
meleset belaka !
suaranya x semerdu dulu....bait-bait katanya x seindah dulu.....raut wajahnya x semanis dulu.....
hatiku pantas berbisik............." Dia sudah berubah..."

Hatiku.....
Terusik dengan kata-katanye tempoh hari...

mataku....
menangis melihat coretannye padaku....

Lastly.......
" BADLY DONE..."

cukup menghiris hatiku..........

Mrs. X (bukan nama sebenar)...kau bukan lagi idolaku....
pergilah jauh dariku.......