Hari ini langit kelihatan mendung. mungkin membawa petanda hari nak hujan. Bangun je dari tidur aku terus menghampiri tingkap. Mendongak melihat langit. Cantikkan langit ciptaan Ilahi. Subhanallah...sungguh agung ciptaanNya. Setiap kali terpandang langit aku sering terfikir. Ape yang ada disebalik langit? Betul ke disebalik langit biru ni wujudnya kerajaan kayangan? Entahlah. Mungkin aku terpengaruh dengan cerita dongeng kot. Berapa agaknya luas langit nie?kalau langit nie x ade mungkin kita ley nampak angkasa lepas kan? Langit tanpa sempadan. Selalu nampak luas. Mengajak hati yang rajuk untuk memandangnya. Langit yang biru memang cantik dan menenangkan tapi bila ia bertukar gelap..mengundang kegelisahan di hati. Takut kalau hujan nak turun. Terpaksalah angkat jemuran sebab hujan dah turun. Hahaha. Apa2 pun ade hikmahnye di sebalik ciptaan langit. Ape hikmahnye? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
Sinarilah hidup dengan kegembiraan. Lengkapkanlah hati dengan keimanan. Bersihkan hati dengan sikap mahmudah dan hiasilah perbuatan dengan segala kebaikan.
1st time kita amik gambar sekeluarga. Biasanya orang lari kalau nak amik gambo. Mak & ayah adalah harta yang paling berharga yang orang ade kat dunia nie.
Me & My Adik angKat
PROMATUP di Pulau Tioman
My Frenz
Gambo nie kitorang amik masa lawatan ke Bank Negara. Mr. Muru yang conduct lawatan nie untuk subjek e-commerce
Secebis kata.........
" ilmu adalah harta kepada si miskin, adalah kehormatan bagi si kaya, adalah kenangan di hari tua..." " berpijak diatas bumi nyata, bagai meniti jambatan bara. Oleh itu, pilihlah jalan yang lurus dan benar agar kita mencapai kesempurnaan dan kebahagiaan hidup.." " carilah ilmu kerana apabila kamu kufur, maka ilmu itulah hartamu dan apabila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu.." " ilmu itu adalah sebaik-baik pusaka.." -Ali Bin Abi Talib- " sebaik-baik sahabat itu ialah orang yang tidak pernah berubah kebaikannya meskipun zaman terus berubah.." " jadikan keyakinan sebagai pegangan hidup, dorongan sebagai teman setia, putus asa dijadikan musuh durjana, jadikan tekun dan usaha sebagai tangga kejayaan.."
My Dream Car
nak kete nie...nak kete nie
My Sasuke
heroku......huhuhuhuhuhu
RenunGan beRsama
1. Khalifah kedua, Sayidina Umar berpesan: – Siapa yang menjaga percakapannya dianugerahkan kepadanya hikmah. – Siapa yang menjaga penglihatannya dianugerahkan kepadanya hati yang khusyuk. – Siapa yang menjaga makanannya dianugerahkan kepadanya kelazatan dalam beribadah. – Siapa yang bersabar di atas ujian, Allah sempurnakan sabarnya lalu memasukkannya ke dalam Syurga mana yang dia suka. – Siapa yang menjaga daripada ketawa dianugerahkan kepadanya kehebatan. – Siapa yang menjaga daripada bergurau dianugerahkan kepadanya keelokan atau kemuliaan. – Siapa yang meninggalkan cinta dunia dianugerahkan kepadanya dapat melihat kesalahan sendiri. – Siapa yang meninggalkan kesibukan mencari kesalahan pada perbuatan Allah, dianugerahkan kepadanya pelepasan daripada nifak. 2. Jika tidaklah kerana takut dihisab sesungguhnya aku perintahkan kamu membawa seekor kambing untuk dipanggang di depan pembakar roti ini. 3. Siapa takut kepada Allah SWT, nescaya marahnya tidakdapat dilihat. Dan siapa takutkan Allah, kehendaknya akan ditunaikan. 4. Wahai Tuhan, jangan Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di tanganku. 5. Termaktub dalam sepucuk surat khalifah Umar kepada Abu Musa Al Asyaari: “Milikilah sifat sabar. Sifat sabar itu ada dua. Sabar yang pertama lebih afdhal dari sabar yang kedua iaitu sabar dalam meninggalkan larangan Allah SWT dan sabar dalam menghadapi musibah. Ketahuilah bahawa sabar itu sangkutan iman (orang yang bersabar akan mendapat iman) kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa hanya dapat dicapai dengan sabar.”
oRang yanG juJur InsyaALLAH akan MujuR
وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَى عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ وَهُوَ يُدْعَى إِلَى الْإِسْلَامِ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ Dan siapakah yang lebih dizalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah, sedang dia diajak kepada agama Islam? Dan Allah tiada memberi petunjuk kepada orang-orang yang dizalim. (QS 61: 7) Banyak orang terjebak ke dalam pola hidup yang diwarnai oleh berbagai kedustaan atau kebohongan. Mereka menganggap bahawa kejujuran membawa mereka kepada kehancuran. Kebohongan maharajalela dan kejujuran menjadi barang langka. Pada saat seperti inilah, ketika jujur menjadi barang langka umat Islam mestinya kembali menyemaikan jujur di dalam diri mereka masing-masing, sehingga mereka memiliki keunggulan kompetitif dibanding orang lain. Keunggulan kompetitif yang berupa sifat jujur akan menjadi daya tarik tersendiri di dalam berdakwah. Semua orang suka berurusan dengan orang jujur. Semua orang merasa aman berhadapan dengan orang jujur. Semua orang lebih suka mempercayakan amanat kepada orang jujur. Secara fitrah tidak ada orang yang suka dibohongi. Tidak ada orang yang suka memberikan kepercayaan kepada orang yang suka bohong. Semua orang khuatir berurusan dengan orang bohong. Maka mengapa banyak orang bohong dan sedikit sekali orang yang jujur? Rasulullah S.A.W berpesan bahwa wajib atas kamu jujur, kerana jujur membawa kepada kebaikan dan kebaikan akan membawa ke syurga. Sudah tiba saatnya, sekarang untuk kembali menumbuhkan sifat-sifat mulia yang ditanamkan Allah di dalam hati manusia, termasuk jujur. Orang yang jujur akan dicintai teman dan disegani lawan. Orang yang jujur akan dipercaya atasan dan dihormati bawahan. Hanya orang jujurlah yang dapat memegang amanat dengan baik. Kerana kejujurannya dia akan menunaikan amanat sebaik-baiknya. Dia tidak akan berkhianat, kerana khianat sama dengan tidak jujur kepada diri sendiri, pemberi amanat, dan Tuhan. Berbekal jujur, orang akan lebih mudah untuk menumbuhkan sifat-sifat mulia yang lain. Maka hampir dapat dipastikan bahwa terminal akhir bagi orang yang jujur adalah keberhasilan. Orang yang hidupnya dihiasi dengan kejujuran kerana Allah, maka Allah akan menunjukkan dan membimbingnya menuju syurga. Memang orang yang jujur akan menghadapi risiko berupa cacian, kebencian, fitnah dan permusuhan dari orang di sekitarnya. Tapi yakinlah orang yang membenci orang yang jujur itu bererti orang yang buruk akhlaknya. Asal dia terus konsisten dengan kejujurannya sudah pasti Allah S.W.T akan mendatangkan kemenangan baginya. Yang perlu dijaga adalah jangan sampai kita bergeser sedikitpun dari sifat jujur ini, kerana sifat ini yang akan mendatangkan kemujuran, bukan kehancuran.
Ungkapan......
Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya. Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan. Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang. Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah
PEsaNan PaRa iLmuaN
kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya- HAMKA -
Walau bagaimana alim pun seseorang itu, tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal- LUKMANUL HAKIM -
Lebih sedikit orang menggunakan akalnya, lebih banyak pula ia berkata-kata- SAIDINA ALI ABI TALIB -
No comments:
Post a Comment