Saturday, March 14, 2009

dunia prodigy...eps 26 (khasiat tumbuhan)


1. Daun senduduk boleh digunakan untuk menghilangkan parut. Caranya ialah dengan
mengambil beberapa helai daun senduduk, kemudian upar-uparkan hingga keluar air
dan gosok daun pada parut. Ia juga boleh menghilangkan jerawat pada muka dengan
mencampurkan airnya dengan bedak sejuk.

2. Daun ati-ati boleh digunakan sebagai penawar lelah. Caranya, ambil beberapa helai
daun ati-ati, basuh dan bersihkan serta di tumbuk lumat. Sapu daun yang telah lumat tadi
pada dada sehingga paras pusat. Hasilnya akan diperolehi setelah diamalkan beberapa
kali.

3. Daun inai selain untuk memerahkan jari ia juga boleh digunakan untuk merawat luka,
samada luka luaran mahupun dalaman. Jika kulit kita terluka, ambil beberapa helai daun
inai, tumbuk sehingga lumat kemudian diletakkan pada luka untuk menghentikan
pendarahan. Bagi wanita yang baru lepas bersalin atau menjalani pembedahan, makan daun
inai tujuh helai pagi dan petang sehingga sembuh.

4. Getah dari pohon kemboja boleh digunakan untuk merawat bisul. Caranya, sapu getah
tadi pada bisul dan hasilnya, bisul tadi akan beransur pulih.

5. Bunga melur juga boleh digunakan untuk mengubati penyakit mata. Caranya, ambil
beberapa kuntum bunga melur. Rendam seketika didalam air, kemudian ambil air tadi
dan disapu pada mata dengan menggunakan tuala lembut. Rasa sejuk air ini akan
melegaka
n rasa tidak selesa pada mata.

saje nak share tips kesihatan nie sebab x mustahil ia akan berguna buat kita 1 hari nanti. Walaupun medicine hospital bagus tapi ubat2 traditional ni boleh diguna pakai jugak. Dengan fungsi2 tumbuhan di atas membuktikan setiap ciptaan Allah ade kegunaannya untuk memudahkan manusia itu sendiri. Cuma kita sebagai manusia perlu faham dan alert dengan segala yang ade di persekitaran kita. Dengan fungsi2 tumbuhan ini juga kita seharusnya memelihara flora kerana jelas tumbuhan boleh memberi banyak manfaat pada kesihatan manusia sejagat.

No comments:

Post a Comment