Friday, March 13, 2009

dunia prodigy....eps 25 (ragam manusia)

"Kalau kamu tak boleh menggembirakan hati seseorang, jangan pula kamu menyakitkan hatinya."




"Kalau kamu tak boleh membantu seseorang, jangan pula kamu menyepitkan."

"Kalau kamu tak dapat memuji seseorang, jangan pula kamu menghina."

"Mungkin orang yang kamu pandang rendah itu sebenarnya lebih baik dari diri kamu."

"Kalau kamu rasa kamu dah cukup baik, itulah penyakit hati."

Cara hidup yang mana harus kita pilih ?


Semut ?
- Rajin bekerja siang dan malam cari makan hingga tiada masa untuk perkara yang lain. Makanannya (hartanya) dikumpul dan disorok tiada puasnya hinggakan dia mati tertimbus bersama makanannya(hartanya).






Adakah ini ragam hidup pilihan kita ?

Labah-labah ?
- Membina sarang(perangkap) dimana-mana saja untuk menjerut mangsa ( menipu orang untuk keuntungan sendiri ). Mengambil kesempatan atas kelalaian serangga (orang) lain. Sarangnya(rumahnya) berselerakan bercampuk aduk antara daun-daunan dan habuk, dan pergelutan dengan serangga ( Rumah yang bercampur aduk dengan perkara halal-haram, pergaduhan).


Adakah ini ragam hidup pilihan kita ?

Lebah ?
- Rajin bekerja pada waktu siang. Keserasian bekerjasama untuk kesenimbangunan "species" nya( sabar dalam bekerjasama dengan masyarakat). Mencari makan(rezeki yang halal dan baik) di taman yang indah ( tempat kerja yang baik ). Menolong "pollenate" bunga-bunga ( suka menolong orang lain ). Menghasilkan madu yang berfaedah untuk manusia, beruang dan lain-lain ( memberi faedah pada orang ramai ). Tiada mengganggu binatang atau serangga lain melainkan kalau sarangnya dicerubuhi ( tidak suka menyusahkan orang lain). Bersatu dan berani dalam mempertahankan sarangnya ( mempertahankan agama, keluarga, masyarakat dan negara.)


Adakah ini ragam hidup pilihan kita ?

Perumpamaan ulat bulu, kepompong dan rama-rama :

Ulat bulu
- Rupanya tidak elok. Kerjanya merayau-rayau makan dan terus makan hingga gemuk. Dia merosakkan tanam-tanaman (Orang yang selalu mengganggu masyarakat , merosakkan harta-benda orang lain dan hanya mementingkan diri sendiri.)

Kepompong
- Rupanya tidak elok. Dia hanya duduk diam tidak mengganggu binatang lain. Walaupun ada wabak yang mendatangi kawasannya, dia tiada ambil peduli ( tiada ambil peduli akan masyarakat sekelilingnya, hanya bersendirian dalam alamnya.)

Rama-rama
- Rupanya indah. Dia suka pergi ke taman-taman yang indah. Dia makan makanan yang baik-baik. Taman yang indah lebih berseri dengan kehadirannya.( Bukan saja dia melakukan kebaikkan pada dirinya sendiri, tapi dia juga membawa kebaikkan kepada sekelilingnya.)


Mana satukah pilihan ragam kemanusiaan kita ?

Jauhilah dirimu dari ragam-ragam berikut :-
Ragam pertama : Orang yang setelah kita menghulurkan bantuan dia buruk sangka pada kita dan menyindir kita tak ikhlas, padahal kita tolong dia semata-mata kerana kesiankan dia, tak mengharapkan apa-apa balasan darinya. Bukanlah sekali, tapi berkali-kali begitu. Seperti ustaz kata, ikhlas itu ada dalam hati dan hanya Allah saja yang tahu. Kalaulah dia boleh tahu siapa yang ikhlas atau tidak, adakah dia sama seperti Tuhan boleh tengok hati orang ? Inilah syirik yang dia tak sedar. Bila dia tuduh orang tak ikhlas maka sama seperti kata ustaz, satu jari menuding, empat jari tuding pada diri sendiri.

Ragam kedua :Orang yang apabila dia mendapat sesuatu ilmu, dia sangka hanya dirinya sajalah yang tahu akan perkara itu. Bila bercakap dengan orang, dia anggap orang tak tahu apa yang dia baru tahu. Kemungkinan orang yang dia tunjuk lagak sudah pun mengetahui perkara itu sejak dulu lagi tapi taklah kagum pada diri sendiri seperti dirinya. Orang seperti ini suka memuji-muji diri sendiri dan dia tak senang kalau orang lain lebih berkebolehan dari dirinya. Hidupnya hanya mahu berlaga-laga kebolehan, pandang rendah orang lain dan menonjolkan kelemahan orang lain. Inilah sifat sombong dan bongkak. Ustaz kata, orang yang benar-benar berilmu itu adalah orang yang ilmunya disertai dengan akhlak yang mulia dan punyai sifat merendah diri. Seperti padi, lebih berisi lebih tunduk. Seperti imam-imam dulu, kalau ada perkara yang dia belum dapat jawab dengan sempurna pada saat itu, dia akan kata dia tak tahu.

Ragam ketiga :Orang yang setiap tahun berkata yang dia mahu sangat hendak mengerjakan umrah atau haji, tapi tidak kesampaian dengan alasan dia masih belum mampu dari segi wang. Tapi kita lihat setiap tahun menjelang hari raya, dia akan tukar langsir baru seluruh rumah , akan beli baju kurung baru untuk semua anggota keluarga - bermakna kalau dalam 4 tahun, dia dah ada 4 set langsir seluruh rumah, 4 set baju kurung seluruh keluarga. Benda ni tak pun wajib. Dalam rumah terdapat bermacam-macam alat hiburan, komputer terhebat beberapa buah, T.V sebesar-besarnya, pergi holiday setiap tahun belanja lebih dari seribu dan lain-lain. Sebenarnya, kalau betul prioritinya hendak pergi umrah atau haji, wang tu semua boleh disimpan setiap tahun dan mampu boleh pergi umrah. Ustaz kata, kita lebih banyak menggunakan wang untuk berhibur dan hiburan daripada membeli makanan untuk hidup. Yang peliknya , dia pula yang kutuk orang yang beberapa kali pergi umrah itu membazir wang yang sepatutnya didermakan pada masjid atau madrasah. Sebenarnya lebih baik dia diam dari mengutuk orang.

Ragam keempat : Orang yang apabila bertemu dengan orang lain, dia sangka diri dia lebih banyak ibadat dari orang yang dia temu. Kata Ustaz, inilah sifat Iblis, kerana sebelum Allah cipta Adam a.s, memang lah dia makhluk yang paling banyak ibadat. Tapi bila dia bertemu dengan Adam a.s, dia pandang Adam itu jijik rendah dari dirinya. Dia tertipu dengan ibadatnya sendiri. Janganlah mengaku sendiri yang "aku" ini wara'. Yang menilai samada kita itu wara' adalah Allah, bukan kita.

Ragam kelima : Orang yang ada sesuatu hajat peribadi dan meminta supaya orang yang hendak ke Makkah mendoakan untuknya di sana. Dia juga berkata kalau hajat dirinya itu tak dapat, bermakna doa orang yang ke Makkah itu tak diterima Allah maka menunjukkan orang itu bukanlah orang yang wara'. Apakah logiknya dia menyalahkan orang yang cuba mendoakannya apabila hajat dirinya sendiri tak kesampaian ? Orang seperti ini hanya tahu melihat kekurangan orang lain, tapi dia tak sedar oleh kerana kekurangan diri dialah, maka tersekat doa orang lain untuk dirinya.

Ragam keenam :Orang yang hendak mengamalkan amar ma'ruf nahi mungkar - menyuruh berbuat kebaikkan dan menegah berbuat keburukkan. Bila kita tegur seseorang yang melakukan kesilapan atau kurang ilmu agamanya, adalah dengan belas ihsan, sifat kasihan - mengharapkan kebaikkan atas orang itu. Tapi sebaliknya yang kita selalu lihat adalah orang yang menegah kesilapan dengan menghina orang itu dan menonjolkan kepandaian diri dari segi agama. Allah pernah mengingatkan Rasul s.a.w jika Rasul bersifat kasar terhadap manusia, nescaya mereka akan lari daripadanya.

Ragam ketujuh :Orang yang kerap memberitahu kita cerita-cerita peribadi tentang hal orang lain. Tetapi bila kita sedang mengalami masalah ingin mengadu padanya, dia tuduh kita hendak mengumpat, dan tak mahu dengar masalah kita. Orang yang dah terbiasa mengumpat, dia tak sedar kebiasaan diri sendiri.

No comments:

Post a Comment