Monday, March 9, 2009

dunia prodigy...eps 23 ( faedah mengisi masa lapang)

Kebiasaannya kita akan memiliki masa lapang, sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu atau satu bulan. Masa lapang yang kita miliki boleh menjadi amat bernilai jika kita tahu mengisinya dengan pelbagai aktiviti sampingan. Masa lapang boleh diisi dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah seperti bersukan, melakukan kerja-kerja ringan, menambahkan pengetahuan, berhibur dan beriadah.Masa lapang bermaksud masa yang tidak digunakan pada ketika kita memiliki keupayaan untuk melakukan sesuatu. Kita tidak berasa letih, kita tidak ada tugasan yang hendak diselesaikan pada ketika itu. Inilah masa lapang. Alangkah bagusnya jika masa lapang yang kita miliki itu dapat kita manfaatkan untuk menenangkan diri. Salah satu aktiviti ringkas yang boleh dilakukan semasa kelapangan ialah berzikir dan mengingati Tuhan. Aktiviti kerohanian seperti ini dapat menyucikan akal fikiran dan jiwa kita supaya kita berasa lebih tenang dan damai. Aktiviti menulis blog juga merupakan satu cara mengisi lapang yang baik. Masa lapang juga boleh digunakan untuk meningkatkan kesihatan diri seperti mengurangkan berat badan, bersenam dan sebagainya. Pada waktu pagi kita boleh melakukan senaman seperti yoga dan tai chi, pada waktu petang pula kita boleh beriadah seperti bermain bola sepak, berkayak, berjoging dan sebagainya. Secara tidak langsung otot-otot fizikal kita akan menjadi semakin kuat dan daya ketahanan badan meningkat. masa lapang yang kita miliki umpama emas yang berharga. Kita sebagai manusia hendaklah menggunakan masa ini untuk perkara-perkara yang boleh mendatangkan pelbagai kebaikan kepada diri kita dan juga orang lain, agar mendapat kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

No comments:

Post a Comment