Friday, June 5, 2009
salam......olla
Ni baru aku ada can nak jenguk blog aku nie. I'm doing my intersesi now. Dah dekat 3 minggu dah. Everything is going just fine. Wat masa ni x ade cerita baru yang dapat aku kongsikan. Result final exam pun dah nak kuar. maybe minggu ni @ minggu depan. berdebar seh...macam manela keputusan aku sem nie. Pejam celik pejam celik tinggal 1 sem je lg.Hope next sem akan lebih baik dr sem2 lepas. X sabar nak jumpa kawan2. Hope everything will going just fine.
Thursday, April 9, 2009
dunia prodigy...eps 27..(reality oo reality)

Bukan itu sebenarnya yg aku nak citer. Sebenarnye aku terkejut. Dah nak abis sem nie....macam2 berlaku. Yang dulu dah x seperti dulu. Yang tersirat dah jadi tersurat. Benda yang dulunya x berlaku dah pun berlaku. Langit yang dulunya cerah sekarang nie mendung jek...sape yang faham maksud aku tu faham la kan. Sebenarnye ape yang rakan2 aku rasa sekarang aku dah rasa lama dah. So, aku faham sangat ape yg diorang lalui sekarang. Bibir mengutum senyum tapi hati menangis tiada sape yang tahu.
Sedih....bila rasa diri nie sorang je....
Sedih....bila rase diri nie sering menjadi bualan orang...
Sedih....bila diri nie sering diketepikan.....
Sedih....bila ade kawan tapi pada realitynye kita sorang je...
Tapi aku tahu....untuk aku berjaya, aku x seharusnya bergantung pada orang lain.
Aku sebenarnya nak tertawa bila mendengar seseorang itu menasihati orang lain tapi pada hakikatnya dia x sedar sebenarnya dia yang menyakiti...aku x tahu macm mane nak handle orang yang macam nie sebab orang ni selalu ade di depan mataku....
Pada mereka2 yang menerima nasib sepertiku...harap bersabar. Memang sakit utk kita lalui tapi...percayala.....setiap keburukan akan disusuli dengan kebaikan. Ini juga sebahagian daripada cabaran hidup. Tempuhi la ia dengan segala kekuatan yang ade.....kekuatan daripada semangat kita sendiri.....InsyaALLAH....semuanya akan selamat. Bersabarla yer..Tuhan menjanjikan yang terbaik buat mereka yang banyak bersabar....
Saturday, March 14, 2009
dunia prodigy...eps 26 (khasiat tumbuhan)

1. Daun senduduk boleh digunakan untuk menghilangkan parut. Caranya ialah dengan
mengambil beberapa helai daun senduduk, kemudian upar-uparkan hingga keluar air
dan gosok daun pada parut. Ia juga boleh menghilangkan jerawat pada muka dengan
mencampurkan airnya dengan bedak sejuk.
2. Daun ati-ati boleh digunakan sebagai penawar lelah. Caranya, ambil beberapa helai
daun ati-ati, basuh dan bersihkan serta di tumbuk lumat. Sapu daun yang telah lumat tadi
pada dada sehingga paras pusat. Hasilnya akan diperolehi setelah diamalkan beberapa
kali.

3. Daun inai selain untuk memerahkan jari ia juga boleh digunakan untuk merawat luka,
samada luka luaran mahupun dalaman. Jika kulit kita terluka, ambil beberapa helai daun
inai, tumbuk sehingga lumat kemudian diletakkan pada luka untuk menghentikan
mengambil beberapa helai daun senduduk, kemudian upar-uparkan hingga keluar air
dan gosok daun pada parut. Ia juga boleh menghilangkan jerawat pada muka dengan
mencampurkan airnya dengan bedak sejuk.
2. Daun ati-ati boleh digunakan sebagai penawar lelah. Caranya, ambil beberapa helai
daun ati-ati, basuh dan bersihkan serta di tumbuk lumat. Sapu daun yang telah lumat tadi
pada dada sehingga paras pusat. Hasilnya akan diperolehi setelah diamalkan beberapa
kali.

3. Daun inai selain untuk memerahkan jari ia juga boleh digunakan untuk merawat luka,
samada luka luaran mahupun dalaman. Jika kulit kita terluka, ambil beberapa helai daun
inai, tumbuk sehingga lumat kemudian diletakkan pada luka untuk menghentikan
pendarahan. Bagi wanita yang baru lepas bersalin atau menjalani pembedahan, makan daun
inai tujuh helai pagi dan petang sehingga sembuh.
4. Getah dari pohon kemboja boleh digunakan untuk merawat bisul. Caranya, sapu getah
tadi pada bisul dan hasilnya, bisul tadi akan beransur pulih.
5. Bunga melur juga boleh digunakan untuk mengubati penyakit mata. Caranya, ambil
beberapa kuntum bunga melur. Rendam seketika didalam air, kemudian ambil air tadi
dan disapu pada mata dengan menggunakan tuala lembut. Rasa sejuk air ini akan
melegaka
n rasa tidak selesa pada mata.
tadi pada bisul dan hasilnya, bisul tadi akan beransur pulih.
5. Bunga melur juga boleh digunakan untuk mengubati penyakit mata. Caranya, ambil
beberapa kuntum bunga melur. Rendam seketika didalam air, kemudian ambil air tadi
dan disapu pada mata dengan menggunakan tuala lembut. Rasa sejuk air ini akan
melegaka

saje nak share tips kesihatan nie sebab x mustahil ia akan berguna buat kita 1 hari nanti. Walaupun medicine hospital bagus tapi ubat2 traditional ni boleh diguna pakai jugak. Dengan fungsi2 tumbuhan di atas membuktikan setiap ciptaan Allah ade kegunaannya untuk memudahkan manusia itu sendiri. Cuma kita sebagai manusia perlu faham dan alert dengan segala yang ade di persekitaran kita. Dengan fungsi2 tumbuhan ini juga kita seharusnya memelihara flora kerana jelas tumbuhan boleh memberi banyak manfaat pada kesihatan manusia sejagat.
Friday, March 13, 2009
dunia prodigy....eps 25 (ragam manusia)

"Kalau kamu tak boleh membantu seseorang, jangan pula kamu menyepitkan."
"Kalau kamu tak dapat memuji seseorang, jangan pula kamu menghina."
"Mungkin orang yang kamu pandang rendah itu sebenarnya lebih baik dari diri kamu."
"Kalau kamu rasa kamu dah cukup baik, itulah penyakit hati."
Cara hidup yang mana harus kita pilih ?
Semut ?
- Rajin bekerja siang dan malam cari makan hingga tiada masa untuk perkara yang lain. Makanannya (hartanya) dikumpul dan disorok tiada puasnya hinggakan dia mati tertimbus bersama makanannya(hartanya). 
Adakah ini ragam hidup pilihan kita ?
Labah-labah ?
- Membina sarang(perangkap) dimana-mana saja untuk menjerut mangsa ( menipu orang untuk keuntungan sendiri ). Mengambil kesempatan atas kelalaian serangga (orang) lain. Sarangnya(rumahnya) berselerakan bercampuk aduk antara daun-daunan dan habuk, dan pergelutan dengan serangga ( Rumah yang bercampur aduk dengan perkara halal-haram, pergaduhan).
Adakah ini ragam hidup pilihan kita ?
Lebah ?
- Rajin b
ekerja pada waktu siang. Keserasian bekerjasama untuk kesenimbangunan "species" nya( sabar dalam bekerjasama dengan masyarakat). Mencari makan(rezeki yang halal dan baik) di taman yang indah ( tempat kerja yang baik ). Menolong "pollenate" bunga-bunga ( suka menolong orang lain ). Menghasilkan madu yang berfaedah untuk manusia, beruang dan lain-lain ( memberi faedah pada orang ramai ). Tiada mengganggu binatang atau serangga lain melainkan kalau sarangnya dicerubuhi ( tidak suka menyusahkan orang lain). Bersatu dan berani dalam mempertahankan sarangnya ( mempertahankan agama, keluarga, masyarakat dan negara.)

Adakah ini ragam hidup pilihan kita ?
Perumpamaan ulat bulu, kepompong dan rama-rama :
Ulat bulu
- Rupanya tidak elok. Kerjanya merayau-rayau makan dan terus makan hingga gemuk. Dia merosakkan tanam-tanaman (Orang yang selalu mengganggu masyarakat , merosakkan harta-benda orang lain dan hanya mementingkan diri sendiri.)
Kepompong
- Rupanya tidak elok. Dia hanya duduk diam tidak mengganggu binatang lain. Walaupun ada wabak yang mendatangi kawasannya, dia tiada ambil peduli ( tiada ambil peduli akan masyarakat sekelilingnya, hanya bersendirian dalam alamnya.)Rama-rama
- Rupanya indah. Dia suka pergi ke taman-taman yang indah. Dia makan makanan yang baik-baik. Taman yang indah lebih berseri dengan kehadirannya.( Bukan saja dia melakukan kebaikkan pada dirinya sendiri, tapi dia juga membawa kebaikkan kepada sekelilingnya.)
Mana satukah pilihan ragam kemanusiaan kita ?
Jauhilah dirimu dari ragam-ragam berikut :-
Ragam pertama : Orang yang setelah kita menghulurkan bantuan dia buruk sangka pada kita dan menyindir kita tak ikhlas, padahal kita tolong dia semata-mata kerana kesiankan dia, tak mengharapkan apa-apa balasan darinya. Bukanlah sekali, tapi berkali-kali begitu. Seperti ustaz kata, ikhlas itu ada dalam hati dan hanya Allah saja yang tahu. Kalaulah dia boleh tahu siapa yang ikhlas atau tidak, adakah dia sama seperti Tuhan boleh tengok hati orang ? Inilah syirik yang dia tak sedar. Bila dia tuduh orang tak ikhlas maka sama seperti kata ustaz, satu jari menuding, empat jari tuding pada diri sendiri.
Ragam kedua :Orang yang apabila dia mendapat sesuatu ilmu, dia sangka hanya dirinya sajalah yang tahu akan perkara itu. Bila bercakap dengan orang, dia anggap orang tak tahu apa yang dia baru tahu. Kemungkinan orang yang dia tunjuk lagak sudah pun mengetahui perkara itu sejak dulu lagi tapi taklah kagum pada diri sendiri seperti dirinya. Orang seperti ini suka memuji-muji diri sendiri dan dia tak senang kalau orang lain lebih berkebolehan dari dirinya. Hidupnya hanya mahu berlaga-laga kebolehan, pandang rendah orang lain dan menonjolkan kelemahan orang lain. Inilah sifat sombong dan bongkak. Ustaz kata, orang yang benar-benar berilmu itu adalah orang yang ilmunya disertai dengan akhlak yang mulia dan punyai sifat merendah diri. Seperti padi, lebih berisi lebih tunduk. Seperti imam-imam dulu, kalau ada perkara yang dia belum dapat jawab dengan sempurna pada saat itu, dia akan kata dia tak tahu.
Ragam ketiga :Orang yang setiap tahun berkata yang dia mahu sangat hendak mengerjakan umrah atau haji, tapi tidak kesampaian dengan alasan dia masih belum mampu dari segi wang. Tapi kita lihat setiap tahun menjelang hari raya, dia akan tukar langsir baru seluruh rumah , akan beli baju kurung baru untuk semua anggota keluarga - bermakna kalau dalam 4 tahun, dia dah ada 4 set langsir seluruh rumah, 4 set baju kurung seluruh keluarga. Benda ni tak pun wajib. Dalam rumah terdapat bermacam-macam alat hiburan, komputer terhebat beberapa buah, T.V sebesar-besarnya, pergi holiday setiap tahun belanja lebih dari seribu dan lain-lain. Sebenarnya, kalau betul prioritinya hendak pergi umrah atau haji, wang tu semua boleh disimpan setiap tahun dan mampu boleh pergi umrah. Ustaz kata, kita lebih banyak menggunakan wang untuk berhibur dan hiburan daripada membeli makanan untuk hidup. Yang peliknya , dia pula yang kutuk orang yang beberapa kali pergi umrah itu membazir wang yang sepatutnya didermakan pada masjid atau madrasah. Sebenarnya lebih baik dia diam dari mengutuk orang.
Ragam keempat : Orang yang apabila bertemu dengan orang lain, dia sangka diri dia lebih banyak ibadat dari orang yang dia temu. Kata Ustaz, inilah sifat Iblis, kerana sebelum Allah cipta Adam a.s, memang lah dia makhluk yang paling banyak ibadat. Tapi bila dia bertemu dengan Adam a.s, dia pandang Adam itu jijik rendah dari dirinya. Dia tertipu dengan ibadatnya sendiri. Janganlah mengaku sendiri yang "aku" ini wara'. Yang menilai samada kita itu wara' adalah Allah, bukan kita.
Ragam kelima : Orang yang ada sesuatu hajat peribadi dan meminta supaya orang yang hendak ke Makkah mendoakan untuknya di sana. Dia juga berkata kalau hajat dirinya itu tak dapat, bermakna doa orang yang ke Makkah itu tak diterima Allah maka menunjukkan orang itu bukanlah orang yang wara'. Apakah logiknya dia menyalahkan orang yang cuba mendoakannya apabila hajat dirinya sendiri tak kesampaian ? Orang seperti ini hanya tahu melihat kekurangan orang lain, tapi dia tak sedar oleh kerana kekurangan diri dialah, maka tersekat doa orang lain untuk dirinya.
Ragam keenam :Orang yang hendak mengamalkan amar ma'ruf nahi mungkar - menyuruh berbuat kebaikkan dan menegah berbuat keburukkan. Bila kita tegur seseorang yang melakukan kesilapan atau kurang ilmu agamanya, adalah dengan belas ihsan, sifat kasihan - mengharapkan kebaikkan atas orang itu. Tapi sebaliknya yang kita selalu lihat adalah orang yang menegah kesilapan dengan menghina orang itu dan menonjolkan kepandaian diri dari segi agama. Allah pernah mengingatkan Rasul s.a.w jika Rasul bersifat kasar terhadap manusia, nescaya mereka akan lari daripadanya.
Ragam ketujuh :Orang yang kerap memberitahu kita cerita-cerita peribadi tentang hal orang lain. Tetapi bila kita sedang mengalami masalah ingin mengadu padanya, dia tuduh kita hendak mengumpat, dan tak mahu dengar masalah kita. Orang yang dah terbiasa mengumpat, dia tak sedar kebiasaan diri sendiri.
dunia prodigy...eps 24 (Alahai mitsu...)


Monday, March 9, 2009
dunia prodigy...eps 23 ( faedah mengisi masa lapang)



dunia prodigy....eps 22 (mendongak langit)

Sunday, March 8, 2009
dunia prodigy..eps 21 (ninja boy)


dunia prodigy...eps 20..(mandian bunga)

Bagaimana mem

Menurut para pakar, memanfaatkan energi bunga adalah dengan :
- Memasukkan berbagai jenis bunga yang sedang mekar penuh, yang memiliki energi positif. Contohnya : mawar, melati, kenanga dan lain2 ke dalam bekas berisi air putih (bersih). Lebih sempurna jika bekas itu terbuat dari kristal, kerana bahan ini memiliki daya serap lebih tinggi sehingga meningkatkan kekuatan vibrasi.
- Jemur pada sinar matahari minima selama 3 jam. Lebih lama lebih baik. Sinar matahari membantu melepaskan energi bunga ke dalam air. Ketika bunga-bunga itu sudah layu, maka energi bunganya sudah menyatu dengan air dan siap digunakan untuk mandi.

- Dalam proses menjemur bunga dalam air di bawah panas matahari, sebaiknya dilakukan sendiri. Jangan biarkan orang lain membantu atau menyentuhnya. Ini berkaitan dengan kemungkinan terjadinya proses pemindahan energi bunga.
- Setelah cukup waktu, biarkan sejenak dan gunakan air bunga itu untuk mandi setelah airnya dingin. Dan air bunga itu dapat digunakan sebagai ubat. Untuk mempertahankan energinya, pindahkan air itu ke dalam botol kedap cahaya dan menjauhkannya dari cahaya matahari secara langsung.
Cara mengambil energi bunga yang paling sederhana ini sering digunakan untuk tujuan rileksasi. Bahkan pada kalangan tertentu cara ini digunakan untuk terapi dari gangguan kejiwaan contohnya depress, stress dan lain2
x semestinya boleh dipercayai ape yang tertera di atas itu. Ini adalah 1 cara bukan 1 kepercayaan.
dunia prodigy...eps 19 (bunga sakura)

"Sakura...nantikan kedatanganku. Ku menghitung saat kita kan bersua.."
Saturday, March 7, 2009
dunia prodigy....eps 18..(Drama)
Aku nie pemi
nat drama korea. Dulu....rata-rata semua cerita korea aku dah tonton. My Girl? Sassy Girl? Hotelier? Full house? Sweet spy? Snow queen? Winter sonata? autumn in my heart?Yoo hee the witch? Princess hour? Cofee prince?Wonderful day? Prince hour? My love patzzi? All about eve? My wife is 18? green rose? My lovely Samsoon? semua aku dah tengok. Semua citer korea bagi aku best2. Bila tengok citer korea macam2 perasaan kita boleh rasa. Sayu, sedih, gembira, marah semua adalah. Complete set! Orang kata perempuan yang suke citer korea nie jiwang. Betul ker? X semestinya kan? Jiwang ker, x jiwang ker...kalo dah minat x boleh nak buat ape kan...Hero2 korea yang aku minat ialah Lee Dong Wook, Lee Dong Gun, Hyun Bin, Bae Yong Jun and Jae Hee. Lakonan diorang semua best2. Tapi sekarang aku dah x selalu tengok citer korea. Faktor pertama sebab aku dah tengok tv kat rumah sewa. Siaran x bape nak jelas. faktor kedua ialah aku dapati citer korea sekarang banyak yang dah x berapa menarik. X tahulah kenapa. Kadang-kadang bila aku balik rumah nak juga tengok citer korea tapi hampa...x ade 1 pun yang ,menarik hatiku. Dah lama x tengok citer korea. Bilalah dapat tengok lagi...

dunia prodigy...eps..17 ( heart..)
Ape fungsi hati?
Nak dengar kata hati @ akal?
Bolehkah hati berkata2?
Adakah perasaan dikawal oleh hati?
Mudahkah menjaga hati?

Nak dengar kata hati @ akal?
Bolehkah hati berkata2?
Adakah perasaan dikawal oleh hati?
Mudahkah menjaga hati?

Bagaimana hati boleh terluka?
Macam mana nak merawat hati?
Bolehkah hati dibaca?
Bolehkah hati memberi petanda?
Macam2 persoalan yang timbul bila isu hati nie dibangkitkan betul x? Yang kat atas tu adalah antara persoalan yang sering bermain di minda aku nie. Aku terfikir...bila kita berhadapan dengan kekeliruan, ape sebenarnya yang mengelirukan kita? Akal? @ hati? Betulkah hati itu sukar untuk dimengertikan? Bolehkah hati menyesatkan? Aduh...pening2....
Friday, March 6, 2009
dunia prodigy...eps. 16 (macam mane nie..?)
Kamis minggu lepas aku tidur kat sofa..maklumlah siang kamis tu lepas kelas IM aku terus gi hospital. Petang tu pulak tolong mak gi beli cermin robok yang dah pecah..pendek kata berjalan jela keje aku sehari suntuk tu. Malam tu mata aku ape lagi kul 10.00 je dah sepet. Tersengguk2 dah. Malas nak masuk bilik aku tido kat sofa dulu. Tido punya tido tiba-tiba aku tersedar. Tengok jam dah pukul 11.30 malam. Aku pending jap. Eh, nape telinga aku ni x dengar ape2? Aku mula gelabah. Aku test telinga kanan aku.....aku tutup telinga kiri, nak uji pendeng
aran telinga kanan aku. owhhh......telinga kanan aku masih berfungsi...alhamdulillah. Aku test pulak telinga kiri aku. Tutup telinga kanan. Alamak, nape x dengar ape2 nie?! aku panggil mak aku, tanya ubat telinga ada lagi ke x. Mak aku kata dah habis....Aduh....macam mana nie. Telinga aku nie dah tersumbat..asyik berdengung. Mak aku dah riso. Takut malam tu aku x boleh tido. Esok harinya dalam kul 11 pg aku gi farmasi. Beli ubat telinga. Orang farmasi tu cakap kalo 2 malam x baik jugak dia suruh aku gi hospital. Uiii...x maula! Aku takut telinga aku ape2 so balik rumah aku terus titik ubat telinga tu. 2 ari aku wat benda yg sama tapi x berhasil. Telinga aku masih di takuk lama. masih mcm tu jugak. x dengar sangat. Aku x puas ati. Malam ahad tu aku gi klinik. Doktor periksa telinga aku. Dia bagi ubat n lepas tu dia suruh aku datang 5 hari kemudian. Dia nak tengok keadaan telinga aku lagi. Ni aku belum jumpa doktor tu lagi. Tengoklah esok atau lusa. Waktu kelas pun ape yang lecturer cakap aku x bape dengar. Sabar jela aku. x pe. Mungkin sikit lagi okla tu. InsyaALLAH.

Subscribe to:
Posts (Atom)