Saturday, February 21, 2009

dunia prodigy....episod 12...(kelebihan Fakir Miskin)

Aku nak kongsi 1 citer dengan korang....kadang kala aku tengok orang2 miskin nie sering dipandang rendah. Aku x tahu kenapa. Bacalah cerita nie....Pada 1 ari orang-orang fakir menghantar utusan mereka untuk berjumpa dengan Rasulullah s.a.w lalu berkata.."Ya Rasulullah, orang-orang miskin berkata bahawa orang kaya telah memborong segala kebaikan. Mereka mempunyai duit untuk menunaikan haji, mereka mampu untuk bersedekah dan mereka memiliki wang untuk merawati segala penyakit mereka. Tetapi, kami si miskin tidak mampu untuk melakukan semua itu.." Rasulullah menjawab, " jika kamu dapat bersabar kamu akan mendapat 3 kelebihan yang tidak mampu dimiliki oleh si kaya iaitu...."
1. Memperoleh syurga di mana di dalamnya ada kamar dari yaqut yang merah
2. Memasuki syurga terlebih dahulu berbanding dengan si kaya
3. Jika orang fakir membaca.."Subhanallah walhamdulillah walaa ilaha illalah wallahu akbar" dengan penuh keikhlasan dan jika orang kaya turut membacanya maka orang kaya itu tidak dapat mengejar orang miskin tersebut walaupun ditambah dengan sedekah 10000 dirham.

Nabi Muhammad s.a.w berpesan :
1. supaya suka kepada orang miskin dan mendekati mereka
2. selalumelihat orang yang berada di bawah dan x melihat orang-orang yang berada di atas
3. memperbanyakkan membaca "Laa haula walaa quwwata illa billahi" kerana itu sebagai perbendaharaan kepada kebaikan dan tabungan
4. jangan meminta ape pun sesama manusia
5. jangan takut dalam melaksanakan hukum ALLAH dan jangan takut dengan ejekan orang lain
6. selalu berkata benar walaupun pahit dan berat

Abul Laits berkata: "Ketahuilah bahawa bagi orang fakir miskin itu akan mendapat lima kemuliaan iaitu:

1.Pahala amalnya lebih dari pahala amal orang-orang yang kaya dalam sembahyang, sedekah dan lain-lainnya
2.Jika ingin sesuatu dan tidak tercapai dicatat baginya pahala
3.Mereka lebih dahulu masuk syurga
4.Hisab mereka di akhirat lebih ringan
5.Kemenyesalan mereka sangat kurang sebab orang-orang kaya ingin seperti orang fakir di akhirat sedang orang fakir tidak ingin seperti orang yang kaya.

1 comment:

  1. insaf i baca cite ni leeya...
    i nak hidup secara sederhana la... hati pun senang je... :)

    ReplyDelete