Sunday, March 8, 2009

dunia prodigy...eps 19 (bunga sakura)

Aku seperti gadis2 lain jugak. Suka akan bunga. Macam yang orang lain suka cakap...bunga memang dah sinonim dengan wanita. Ada ker perempuan yang x suka bunga? Emmmm...maybe ada kot..mungkin dia x suka sebab dia alergi dengan bauan bunga tu. X kisahlah janji aku memang minat bunga. Dua bunga yang menarik minat hatiku ialah ros biru dan bunga sakura. Ye, ros biru senang nak dapat. Gi je kedai bunga maka banyaklah bunga ros biru kat situ. Tapi..bunga sakura x ade kat bumi Malaysia nie. Yang ade cuma kat negara matahari terbit. Jepun. Kalau tengok drama Jepun selalu nampak bunga sakura tu. Cantik sungguh bunga tu. Warnanya yang lembut, kelopak bunganya yang sering berterbangan..alahai...memang menggoda hati untuk ke sana. Aku selalu berangan duduk bersantai di bawah pokok bunga sakura sambil membaca buku..uiii..seronoknya. Alangkah bahagianya hidup ini di kala angan-angan ku itu menjadi realiti. Alangkah bermaknanya hidup ini di kala kelopak sakura yang berterbangan itu jatuh dengan lembutnya di telapak tanganku..Akan ku usapkan kelopak itu di pipiku..mahu merasakan kelembutan sakura itu.


"Sakura...nantikan kedatanganku. Ku menghitung saat kita kan bersua.."

2 comments: